Saturday, January 12, 2013

#13

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menulis. menaip. menceritakan atau bercerita.

semalam, aku telah membuat keputusan. keputusan untuk memilih jalan yang aku pilih sekarang. bukan mudah. bukan senang. tapi aku tetap teguh dengan pendirian aku untuk memilih jalan yang satu ini.

pedulikan apa orang kata. mulut manusia tiada siapa yang boleh tutup. biarlah apa orang nak cakap pun. pekakkan telinga. yes, pekakkan telinga. biarlah Allah dan diri ini sahaja yang tahu.

seorang teman aku memberi ayat ini:

"Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah" (surah Ali Imran : 159)

yup, itu yang aku perlu buat sekarang. setelah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah. insyaAllah dipermudahkan olehNya.

masih banyak yang perlu aku belajar. aku masih belajar, akan belajar, dan terus belajar. aku takut. takut akan seksaan neraka. janji Allah itu semuanya benar belaka. bukan tipu. tak percaya? kaji Al-Quran. itu yang aku lakukan sekarang.

ikhlaskan niat kerana Allah. kalau orang tanya kenapa tetiba kau berubah? jawablah aku berubah kerana Allah. 

aku memang takut apa orang kata nanti. berpura-pura jadi baik and blablabla. tapi itu semua aku tolak tepi. yang penting niat kita. ikhlas atau tidak. terserah :)

kata teman aku itu lagi, "sikit, tapi istiqamah dah cukup" :)

terima kasih atas nasihat itu wahai teman. aku sangat menghargai. semua ini berlaku dengan izin Allah :)

aku mohon, jangan pandang aku dengan kebaikan. aku tidak sempurna. aku masih belajar. ya, ingin aku tekankan aku masih belajar. dari segi pakaian. amalan semua belum cukup untuk mengatakan diri ini solehah.



ikhlas itu penting. sekian, wassalam :)

No comments:

Post a Comment