Thursday, December 27, 2012

#10

jangan disangka orang yang ada ilmu agama semuanya baik. semuanya mulia. semuanya berfikiran positif. tak semua macam tu. percayalah. ada segelintir yang macam entahlah.

kita pandang dia mulia tapi bila dah kenal. ouh dia bukan seperti yang kita sangkakan. selalu je macam tu. tersalah mengenali orang. 

orang seperti kami mengharapkan seseorang yang boleh membimbing bukan seseorang yang memesongkan. pernah terbaca bahawa ''Allah menemukan kita dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul''

Allah maha adil. Dia lebih mengetahui segala-galanya. istighfar banyak kali selepas melakukan kesalahan. Ya Allah, sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terjadi. 

aku hamba Dia yang pernah melakukan dosa. selalu melakukan dosa suatu ketika dahulu. dosa apa, biar aku seorang yang tahu dan yang pasti aku taknak mengulangi dosa2 yang pernah aku buat. 

bertaubat sebelum terlambat. itu yang selalu aku ingatkan kepada diri ini. memang aku belum sempurna sebab takde seorang manusia pun yang sempurna. 

sesungguhnya aku memang tak pernah sempurna. so aku minta maaf kalau aku ada buat salah. buat silap. lumrah manusia. yang penting, setiap hari kita muhasabah diri agar menjadi lebih baik daripada semalam.


aku mohon, jangan mencaci perbuatan aku yang korang rasa tak sesuai dengan diri aku tapi tegur aku dengan cara yang baik. aku terima :') wassalam

No comments:

Post a Comment