Monday, November 26, 2012

#3

terbaca satu entry ni. kita, hijrah dan fasa hijrah. setujukah kita bahawa hijrah itu berperingkat-peringkat?

ya, memang aku setuju. hijrah itu memerlukan peringkat dan semuanya dimulakan dengan SOLAT. solat 5 waktu.

maksudnya, daripada tak sempurna solatnya, cuba mencukupkan solat. tak pakai tudung langsung, mulakan dengan memakai tudung. biar pendek tapi sekurang-kurangnya kita telah menutupi rambut kita iaitu aurat kita. kemudian, labuhkan sedikit tudung biar menutupi dada. bukannya daripada tak bertudung terus pakai tudung labuh. takut nanti hijrah kita itu tak kekal.

aku mengaku, aku belum sempurna. sangat-sangat belum sempurna. cara pemakaian tudung, baju, seluar. semuanya belum sempurna tapi aku cuba untuk mengubah semua itu sedikit demi sedikit. aku akan cuba sedaya upaya mengubahnya.

aku tahu aku akan mengambil masa yang lama untuk mengubah diri ini. keadaan sekililing aku yang membuatkan aku takut untuk mengambil langkah seterusnya. orang lain takkan faham, hanya aku seorang yang faham keadaan aku.

pendek katanya, perubahan dan penghijrahan merupakan proses yang berterusan. asal saja kita mahu, ruang untuk melakukan penghijrahan itu sentiasa ada.


Tapi biar perlahan mahupun berperingkat asal kita tidak menutup hati dan merasa diri ‘sudah sempurna’. Teruskan muhasabah diri, mencari hidayah dan ilmu untuk melengkapi kekurangan diri.
Dan janganlah pula kita ‘menjatuh’kan dosa dan menghukum mereka yang pada mereka yang ‘belum sempurna’ pada pandangan kita… tapi adalah menjadi tanggungjawab kita menyampaikan/menasihati dan mendoakan mereka… Kadang2 apa yang dinasihat hari ni, tak bermakna dapat mengubah seseorang tu on the spot sebab mungkin teguran hari ni akan difikir balik selepas beberapa hari, minggu, purnama, tahun, bla3… Dan janganlah pulak yang ditegur tu melenting dan mencari salah orang lain untuk menutup kesalahan sendiri.
HIJRAH itu bukan sekadar pada pakaian luaran kita sahaja tapi merangkumi IBADAT, AMAL dan merangkumi segala ASPEK KEHIDUPAN kita mengikut syariat yang telah dilandaskan. seperti biasa,  jika ingin berhijrah, mulakan hijrahmu dengan SOLAT! yee SOLAT!!! benteng yang tidak boleh dipandang enteng! itulah tiang/asas/foundation untuk menjadi ummat Nabi Muhammad yang benar2 ingin mencari redha Allah.
Bukakan hati untuk terus mencari HIDAYAH dan jangan takut untuk memulakan HIJRAH walau dari sekecil-kecil hijrah kerana bila kita ikhlas ingin berubah hanya kerana ALLAH, DIA akan bantu kita… hadirkan insan2 yang akan membantu hijrah kita… kuatkan rasa mujahadah dalam diri kita untuk berperang nafsu sendiri. percayalah… dengan sedikit pengorbanan dan perubahan, kita akan merasa ‘sesuatu’ yg sangat berbaloi baloi iaitu kebahagiaan dunia akhirat.
Ya Allah tetapkan hati2 kami hanya untukMU…
AMIN…
# Dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi;
Nasihat hanya berkesan apabila pemberi nasihat tidak merasa lebih baik daripada yang dinasihati.
Tidak mungkin kesombongan dapat dicegah oleh satu kesombongan… sepertimana air najis tidak akan dapat menyucikan najis.
dan…
Apabila manusia sering mengecewakan kita untuk sama-sama melalui jalan Allah itu isyarat untuk kita perlu lebih serius memperbaiki diri dan hati dengan Allah…Insya-Allah, nanti manusia itu akan kembali semula bersama kita melalui jalanNYA…

p/s: diri ini memang belum sempurna tetapi tak salah rasanya berkongsi dan menasihati sesama kita. Nabi Muhammad sendiri pernah berkata '' Dengarlah nasihat daripada sesiapapun walaupun dia seorang pelacur.''

wasalam

2 comments:

  1. sama thia :( aku pun mcm kau tkt tk diterima . tkt org ckp "eleh dia skjp je" kdg2 rasa mcm tkde sapa sokong

    ReplyDelete
  2. mia, sangat sama. aku dah pernak try tapi at last aku failed. kali ni aku try lagi sekali. aku harap sangat aku takkan fail kali ni :(

    ReplyDelete