Thursday, November 22, 2012

#1

tiada siapa pun yang sempurna melainkanNya. sungguh, bukan kesempurnaan yang dicari tetapi mengharapkan seseorang yang boleh membimbing ke jalan-Nya.

bercakap soal jodoh? err persoalannya, layak ke aku cakap pasal jodoh? tak kisah lah. yang penting, jodoh semua itu telah ditetapkan olehNya. bercinta lah bagai rak sekalipun tetapi kalau dah ditulis di luh mahfuz si dia bukan jodoh, redha jelaa.

kita merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. yee, aku merancang tapi DIA yang menentukan. Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk hambanya.

kadang-kadang mesti kita meragui pilihan hati kita kan. betul ke pilihan hati aku ni? boleh ke dia membimbing aku dan anak2 ke jalanNya? mampukah dia? memang selalu tertanya-tanya. so, bagi aku jalan penyelesaiannya solat istikharah is the best way. mohon petunjuk dia. jika petunjuk mengatakan si polan B adalah yang terbaik, pilihlah B even terpaksa melepaskan si polan A yang telah berkurun lama menjadi pasangan kita.



"Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui bahawa si fulan/fulanah (sebutkan nama lelaki atau perempuan yang dimaksudkan) baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berilah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku,untuk agamaku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain itu untukku". aminn. 

p/s: post ni takde kena mengena dengan sesiapa pun, sekadar bacaan bersama :)


No comments:

Post a Comment